Apabila tanda besar kiamat yang pertama telah muncul,
Maka tanda besar kiamat yang seterusnya akan Muncul dengan laju Sepertimana
Rantai yang dipotong kemudian berguguran manik-maniknya dengan laju.
Setelah Bumi ini dikembalikan kepada Kemuncak Keberkatan,
Imam Mahdi akan Wafat. Seterusnya Nabi Isa pula Wafat, Dan Bumi ini akan rosak
kembali, Masjid menjadi kosong kembali. Manusia yang zalim akan diangkat
menjadi pemerintah dan orang-orang yang jujur dan amanah tidak dipandang dalam
masyarakat.
Sebelum Matahari terbit dari Barat, Seluruh Bumi akan
bergelap selama 2 atau 3 Hari. Kemudian Matahari akan Muncul Dari arah Barat.
Keimanan serta Pintu Taubat Di Tutup Serapat-Rapatnya iaitu Tidak diterima Iman
dan Taubat seseorang selepas Matahari Terbit Dari Barat.
Akan keluar satu Binatang Ad-Dabbah yang bisa berbicara
dengan Manusia, Dan dia akan pergi kepada Setiap manusia dengan Membawa dua
barang iaitu Cincin Nabi Sulaiman dan Tongkat Nabi Musa. Apabila diletakkan
salah satu barang itu kepada seseorang, Maka orang itu ditandai sebagai orang
Mukmin. Dan Apabila diletakkan salah satu barang itu kepada seseorang, Maka
orang itu ditandai sebagai orang Kafir.
Akan keluar satu angin yang lembut akan mematikan semua
orang-orang yang Beriman. Dan Pemusnahan atau Runtuhnya Kiblat muslim yaitu
Ka'bah. Pembenaman Bumi di Barat dan Timur serta Pembenaman Bumi di Tanah Arab.
Keluarnya Api dari arah Yaman.
Sangkakala yang pertama akan ditiup kemudian berlaku
Kiamat, Dan Kiamat tidak akan disaksikan oleh orang-orang yang beriman.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar